Hanya Yang Punya Cinta Kan Rasa

Hi semua, selamat petang. Petang ni rasa macam nak update pasal cinta pula. Semalam baca 2 entri kawan2 yang bercerita tentang cinta, jadi Fara nak bagi pendapat dan berkongsi pengalaman Fara juga tentang ni :) Kalau diukur dari usia 22 tahun, mana mungkin Fara ada banyak pengalaman tentang ni. Tapi Fara banyak belajar dari orang2 sekeliling, termasuk keluarga Fara sendiri. 


Ni pendapat peribadi Fara ya. Cinta bermaksud kita ada dua perasaan pada seseorang;
sayang dan nafsu. Maka bila ada dua2 perasaan ni pada seseorang, maka dia lah orang yang kita cinta. Mungkin salah, mungkin betul ya. Sayang dalam aspek cinta ni bukan sayang yang ringan, tapi sayang yang dalam disulam kan dengan rindu apabila berjauhan. Di tambah pula dengan fikiran yang selalu teringat2 tentang dia, semua benda dia buat semua nampak comel, nampak sweet. Kadang2 senyum sorang2 bila teringat gelagat dia. Haaa. Ada tak ciri2 macam Fara cakap ni, maknanya korang dilamun cinta la tu. :)

Jujur Fara mengaku sekarang hati Fara pun telah dicuri seseorang. Tapi kisah cinta Fara tak se gah kisah orang lain.Tidak berpelajaran tinggi dan tidak berkerjaya hebat. Tapi Fara tak peduli pun semua tu. Sebab hatinya sangat hebat, dia setia dan sayangkan Fara tu dah cukup untuk Fara. Fara sanggup lakukan semua untuk pertahankan hubungan kitorang. Kawan2 doakan lah jodoh kami panjang ya.

Fara selalu dengar perbualan kawan2, yang sama2 menuntut di Fakulti Perubatan, diorang inginkan pasangan bergaji besar sekurang2 nya jurutera kata mereka. Tak kurang juga dengan mindset doktor kena kahwin dengan doktor. Haihh.  Fara selalu tak involve dalam perbualan macam tu, sebab pemikiran Fara lain daripada diorang. Mungkin sebab Fara dah biasa hidup susah jadi Fara tak kisah pasangan Fara nanti kerja macam mana sekalipun. Sebab cinta ni bukan sekadar kita berkongsi kesenangan, malah suka duka yang kita alami. Lagipun harta yang banyak bukan nya menjamin kebahagiaan kan? Dan kadang2 lagi bahaya bila lelaki berduit, bila2 masa saje dia boleh cari girl lain. Tengok saje lah, artis2 kawin pastu cerai, majlis buat besar2. 

Cinta ni menguji kesetiaan dan kejujuran kita terhadap pasangan. Kalau kita dalam hubungan, tetapi masih ada hati pada orang lain, tu maknanya kita tak betul2 cinta kan pasangan kita. Dan yang lebih penting kejujuran. Masa bercinta ni memang perlu jujur, transparent dengan pasangan, walaupun kadang2 menyakitkan tapi kita kena biasakan diri bercakap jujur. Jadi diri sendiri, tak perlu cover2 atau lepas kawin nanti memang tak selamat, sebab time tu memang dah tak boleh nak cover dah. Kita dah berjanji sehidup semati dengan dia, berkongsi hidup duduk serumah, mana sempat nak cover2. Jadi prepare dari sekarang ni jadi jujur. 

Cinta jugak buat kita kenal diri kita sebenar. Cara kita nak deal dengan pasangan, cara handle emosi, dari situ kita boleh tau setinggi mana tahap kesabaran kita dan tahap kesetiaan kita. Okay, nak bagi jelas, Fara bagi contoh la, dulu Fara pernah ada teman lelaki lain, bukan yang sekarang, tapi masa tu macam tertanya2 apa salah Fara, kenapa macam si dia tak menghargai, tak menghubungi Fara dengan kerap, dan bila jarang berhubung, memang Fara pun jadi sunyi dan bosan, kerap hubungi kawan2 lain. Jadi Fara ingat Fara ni susah nak setia. Rupa-rupanya Fara tak bertemu dengan cinta sebenar lagi. Jadi sekarang baru Fara tahu macam mana rasanya cinta, memang langsung takde hati nak berkawan dengan orang lain, hati ni memang ingat kat dia saja.  :) 
  
Huhu, ni seronok ada blog, bebas nak tulis pendapat sendiri, tapi maaf kalau pendapat Fara berbeza daripada kawan2, sekadar berkongsi sahaja :) Terima kasih sudi baca.

4 comments:

  1. Wah , akak berbunga ye . Aah lah ,maybe mentaliti sekarang hanya pandang darjat . Nanti kawin jemput tau ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee malu laa kite. Aah dik, harap2 kita tak tergolong la dlm golongan org mcm tu. Terima seadanya kan :) heeee

      Delete
  2. Fara, I'm in love tu. Tapi hati Fatin dicuri oleh lelaki yang biasa-biasa je. Tapi seriously suka kat dia. Hehe. Suka tengok sikapnya yang hidup berdikari, nak apa pun tak pernah minta duit kat mak ayah, semua pakai duit dari usaha sendiri.

    Setuju sangat dengan Fara. Cinta ni bukan pada waktu senang sahaja, tapi sebenarnya hidup susah dan senang bersama. Tu baru cinta namanya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Sweet nya Fatin. alhamdulillah jumpa insan yang betul2 Fatin sayangi. Fara pon sama, pentingkan kesenangan hati

      Delete