Rahsia Zaman Sekolah

Hi, selamat petang semua. Korang tengah buat apa tu? Makan malam ek? Bestnya, dapat masak, hari ni kat tempat Fara satu district takde air, sampai lah tengah hari esok, 2 hari tak mandi la jawabnya. huhuhu... seksa sungguh kalau kena macam ni, haru betul tambah2 kalau tengah period kan. Okay, hari ni Fara nak berkongsi pengalaman yang Fara rasa agak peribadi untuk dikongsi, tapi seronok juga bila dapat bercerita kan, mana tahu kot2 korang pun ada pengalaman yang sama macam Fara. Emm, ceritanya adalah Fara ni berperwatakan lebih tua (matang kot) daripada usia sebenar, umur Fara tahun ni kalau bulan 9, genap lah 22 tahun. Masih muda kan? Hehe. Perasan. 

Sebenarnya dulu masa zaman sekolah Fara memang happy go lucky, sangat bising dan aktif, sehinggalah masuk form 4, Fara jadi senyap dan suka menyendiri. Mungkin masa tu sebab tengah peralihan antara zaman kanak2 dengan zaman remaja jadinya Fara lebih banyak berfikir dan memerhati. Fara dari zaman tu memang sangat2 lah merendah diri, takde keyakinan diri, pemalu sangat. Memang boleh dikatakan macam anti lelaki jugak la. Actually sampai sekarang pun still paranoid. Hua3.

Nak tau sebab apa? Sebab masa sekolah budak lelaki suka ejek2 dan bagi gelaran yang tak sedap la. Ada ke dia gelar muka Fara ni macam tok bomoh. Humm.. kalau sorang dua ejek tu takpe, ni almost satu sekolah tau benda tu. Lelaki dengan caranya, kawan2 perempuan pun sama turut gelak jugak, bukannya nak back up. Huhhh.. So, bila diorang bagi gelaran macam tu, Fara macam tertanya2 lah, hodoh sangat ke muka aku ni, sedangkan girl2 yang diorang rasa comel diorang puji lah, xde nak kutuk2. Boleh dikatakan fobia jugak la, jadi mungkin pelik jugak la sebab mungkin Fara sorang je kat dunia ni yang rasa zaman sekolah bukan zaman yang best. Tak best langsung. No turning back. 

Jadinya, start habis sekolah Fara memang langsung tak contact batchmates atau kawan2 rapat masa zaman sekolah. Kalau boleh memang tak nak ade link langsung. Entah la, rasa tak seronok je bila ingat2 kenangan2 macam gitu. Ye lah, kita kan remaja perempuan, benda2 macam ni memang buat Fara down sangat. Jadi memang sejak hari tu,  Fara langsung takde buat kawan dengan orang2 sebaya, even sekarang kalau nak pilih pasangan pun memang Fara prefer orang yang lagi berumur. Huhuhu. 


Tau lah dulu kita tak pandai bergaya,tak de nak letak mekap2 masa pergi sekolah, jadi mungkin la kurang menarik. Tapi sekarang kita dah pandai okay. Hahaha. Kita pandang diorang sebelah mata je sekarang, hua3 angkuhnya, ni kes revenge la kiranya, dulu dia ejek kita, sekarang giliran kita pulak. Okay tipu, dah tak contact macam mana nak ejek diorang balik kan. Lagipon malas la nak layan orang macam tu. :D


Okay balas dendam tu bukan main point dia, tapi nak bagitau yang bila kita dihina atau diejek, kita tak perlulah sedih2 sangat, sebab diorang tu nampak nya bukan lah kawan yang kita perlu simpan, maka nya, kena pandai2 cari kawan, dan jadikan ejekan tu sebagai suntikan semangat untuk berubah jadi lebih baik. Dan lagi satu, jaga lah percakapan kita, kadang2 kita ejek kawan2 sampai dia makan hati, kita tak tau kalau dia dendam dengan kita kan, jadi elok lah bercakap benda baik2 saja. Lagi dahsyat kalau orang yang kita ejek tu last2 jodoh dengan kita, haaa bahaya. Huhu :) Thanks semua sudi baca. 

P/S :Dendam tak elok ya kawan2, jangan contohi Fara


9 comments:

  1. Ziarah pagi salam ukhuwah dari INDONESIA.

    ReplyDelete
  2. Salam Ukhuwah Icah Banjarmasin

    ReplyDelete
  3. Hi Fara... nice entry... and tahniah awak ada kekuatan untuk menulis entry nie... Actually, bukan awak sorang saja yang ada pengalaman macam nie... awak perlu bina keyakinan diri semula... memang apa yang berlaku dizaman persekolahan dulu akan memberikan kesan pada masa akan datang... So, awak perlu bangkit dan kuat... yakin pada diri sendiri... Jadi seorang yang berjaya dalam hidup... and one thing... Jangan lah anti lelaki... Jodoh, ajal dan maut semuanya ketentuan tuhan... So, be strong... dan buktikan pada kawan-kawan awak tu... ejekan mereka itu akan memakan diri sendiri nanti... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa pulak nak bagi tau... Awak nie comel la... :)

      Delete
    2. Jemput la follow blog saya nie...

      Delete
    3. Saya dah jadi follower yang ke 37... :d

      Delete
    4. Haha,, terima kasih Izni Hafiz sebab sudi baca entry dan bagi semangat pada Fara, harap2 Hafiz tak termasuk golongan suka mengusik budak perempuan masa zaman sekolah dulu hihihi

      Delete
  4. Saya pun lebih kurang sama lah. Bezanya saya di zaman sekolah rendah. Bila ingat2 balik memang rasa tak kan jejakkan kaki di sekolah rendah tu lagi. Bila masuk sekolah menengah, alhamdulillah memang rasa sangat bersyukur sebab so far tak adalah teruk mana dan friends are good. Anyway, saya memang jenis yang tak bergaul dengan lelaki walaupun adik beradik semua lelaki. Kalau orang tengok saya ja, dah tahu dah memang jenis tak kawan dengan lelaki kecuali lelaki yang saya sangat2 selesa. Hehehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Nina. Alhamdulillah kalau dah okay sekarang. Tapi tu lah, ramai sangat orang cuma nak menjatuhkan kite, dengan cara menghina. Sabar je yang mampu

      Delete