Sistem Exam Berbeza+ Belajar Untuk Ilmu

Hi, selamat petang semua, have a good rest ya. Sini makin panas la, berpeluh2 dalam kelas, memang insecure habis la takut badan berbau. >_< Kulit pun makin hitam, balik kampung nanti silap2 ibu pun tak cam Fara sebab dah makin gelap. hihi  Okay, tadi Fara baru abes satu test, subjek Microbiology, 2 soalan je kena jawab. Tak satisfy pon dengan performance Fara tadi. Okay, sekadar berkongsi, sistem peperiksaan di Russia tak sama macam di negara kita. Di sini, setiap orang perlu cabut satu tiket soalan, kiranya setiap orang dapat soalan berbeza. Dan mostly test berbentuk lisan, dapat soalan kita ada masa dalam 20 minit untuk prepare kemudian lecturer panggil dan kena jawab soalan. Susah kan? Semua nya bergantung pada nasib kalau exam di sini. Haih.

Bayangkan, kita diberi list soalan (paling sikit 150 soalan kalau final exam), so kita kena study semua tu, dan hari exam kita cabut tiket dan tengok la mana soalan yang kita dapat. Lecturer marking on the spot masa kita jawab. Tak termasuk lagi soalan tambahan di luar kotak yang mereka ajukan. Dengan jarak dalam 50 meter face to face dengan lecturer, agak2 boleh berfikir ke on the spot. Memang tak lah kan? haha. Dan lebih kerap berlaku bila lecturer marking ikut mood dia, kalau kena exam time dekat dengan perayaan, memang tinggi2 markah dia bagi, kalau kena dia tengah penat atau busy bad mood, memang dia strict sangat. 

Lagi satu masalah yang selalu ada is dapat soalan yang kita tak berapa prepare. Haha. Memang mati on the spot kan. Nak mintak talian hayat pon susah sebab masing2 tengah busy menjawab soalan masing2. Nak2 bila kawan meja sebelah dapat soalan yang kita tahu, so kita tolong dia, tapi soalan kita dia tak tau pulak. hahahah. Masa tu memang kena kerah jugak otak ni walaupun memang takde simpan banyak memori tentang soalan tu. Sob sob sob. Honestly, Fara selalu jugak terkena macam ni. And then kita student selalu ada mindset yang kita kena master topik2 yang susah, proses2 yang complex apa semua. So bila tiba hari exam, kita dah cukup master lah topik2 susah at the same time kita ignore je topik2 yang senang. Kononnya tak ditanya lah dalam exam. Pastu sekali cabut tiket, amik kau, dapat soalan yang picisan2 tu lah. Aiyooooo. Stress sangat. Ingatkan dah master topik susah dapat lah soalan tu, sekali tak de satu pun soalan berbentuk proses, yang ditanya semua macam fakta atau history  :( 

Okay, stop cerita pasal dilema time exam, Fara nak bagi kata2 semangat kat kawan2 pulak. Sebab hampir semua student hadapi masalah camni time exam so Fara cukup2 faham masalah ni. Okay, walaupun kita dah tahu konsep exam adalah atas nasib, tapi kita tak boleh berputus asa kalau tak dapat perform dengan baik. Tiap kali gagal atau tak capai target, jadikan sebagai semangat untuk buat lagi bagus akan datang. Dan paling penting kena mindset yang kita belajar untuk dapatkan ilmu, dan ilmu tu berguna sampai bila2, sampai kita di alam kerja, alam rumah tangga dan sebagainya. Dan ilmu tu tak terhenti di dewan peperiksaan je. Tu memang Fara selalu amalkan tiap kali Fara belajar, Fara memang bukan jenis nak skor tinggi2 time exam untuk achieve Dean List. Fara jenis yang belajar sebab Fara suka bila dapat satu ilmu dan boleh faham, ilmu tu lagi kekal lama dalam ingatan kita. Tapi jangan lupa untuk cuba sedaya upaya kita untuk achieve yang terbaik :) 





2 comments: