Yakin Pada Diri

2 tahun lepas, ada seorang senior Fara tanya, "Fara, akak tak faham, macam mana you boleh jadi se confident sekarang, yeah , you know, peer pressure, trend zaman sekarang?"
Agak2 korang faham tak maksud dia, dia try nak merendah-rendahkan Fara actually, dia nak kata macam mana boleh jadi yakin, sedangkan Fara ni tak cantik, tak slim. Sebab Fara suka letak nickname macam "Beauty Queen/ Queen". So, dia macam pelik la, tak cantik tapi apehal yakin diri sangat.Okay, seriously kelakar sangat bila orang tanya soalan tu. So, here Fara nak jawab soalan akak tu, in case kalau ada jugak di kalangan korang yang mindset sama macam kakak tu. 

1. Apa yang bagus di mata korang, tak semestinya bagus di mata orang lain.
Okay, kalau korang rasa slim body is the best body, just go on with your opinion. But, no need to criticize others. Logically, kalau semua orang taste sama, rasanya tak de kot korang kat dunia ni, mungkin manusia pun pupus tak pun separuh je populasi manusia, takde sampai 7.3 billion kat dunia ni. Ya lah, dah perempuan boleh kawin satu je, kalau semua suka kat dia, yang lain takde lah penyambung keturunan. 

2. Setiap manusia ada kelebihan masing2
Ayat ni memang selalu dengar kan, tapi rasanya tak semua obey. Nak mention, yang banyak sangat benda yang boleh dibanggakan selain daripada memiliki tubuh yang slim cik kak oi. Bangga maksud Fara bukanlah bangga yang bongkak berlagak tu, maksudnya kita tahu kelebihan dan kemampuan kita, dan kita gunakan untuk menyerlahkan diri kita. Memang mustahil nak mengubah pendirian seseorang, tapi yang penting kita kena menghormati pendapat mereka walaupun berbeza. Ada yang pandai masak, ada yang rajin mengemas, ada yang bijak, ada juga yang pandai menyanyi. Semua tu kelebihan ya. 'Aset' setiap orang pon berbeza, jadi tak hairan lah kalau dia yakin dengan tubuh badan dia kan. :) 

3. Pengaruh media sosial seperti Instagram
Seriously, Fara dah tak de akaun Instagram sebab rasa macam tak serasi je dengan komuniti situ. Komuniti yang menilai seseorang melalui kehebatan gambar mereka. Merepek! Tak salah kalau kita nak jadikan artis atau "insta-famous" sebagai idola tapi kenalah berpijak di bumi yang nyata, takde manusia perfect kan, even artis tu sekalipun, walaupun badan dia cantik kita tak tahu kalau2 dia ada kudis ke parut ke. Haha. Mengarut pulak Fara. 

4. Penilaian tahap kecantikan bukan hak individu
Lebih kurang macam point pertama tadi lah, tapi ni khusus pada bab kecantikan. Kecantikan tu subjektif, dia terletak pada mata yang memandang, bukan terletak di tangan hanya satu individu, tapi semua orang ada hak. Kalau korang rasa dia cantik, jangan pelik pulak kalau Fara rasa tak cantik. Manusia tak sama kan, ada suka makan lepat pisang, ada suka makan kuih koci.

5. Kita tak tau apa dalam hati orang lain (main point)
Okay, kawan2 this part memang main point Fara nak nyatakan. Kita taktau apa yang orang2 sekeliling kita rasa kat dalam hati dia. Seperti entry Fara sebelum ni Fara bercerita tentang kenangan pahit masa zaman sekolah dulu. Bertahun2 Fara struggle nak bina keyakinan diri, hinggalah sekarang Fara jadi diri Fara. Ingat senang ke nak jatuhkan Fara balik hanya dengan sindir nak kata Fara tak cantik. Haha. Tak semudah itu ya!

Okay, sebagai rumusan, kita kena lah hormat semua orang di sekeliling kita, kasi buka sikit minda kita, jangan hanya pandang pada luaran sebab takde siapa pun suka zahirkan keburukan diorang kan. Jangan senang2 nak jatuhkan air muka orang, sebab diri kita pun tak sempurna. Dan paling penting, kena sentiasa yakin pada diri sendiri, 
Terima kasih sudi baca :)

5 comments:

  1. Yeah, Fatin setuju sangat dengan Fara. Pedulikan apa orang lain nak kata tentang kita. We need to stand strong. Biar diorang menangis sebab tengok kita tetap berdiri teguh even ada yang cuba nak menjatuhkan kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Fatin sebab baca entri Fara dan happy sebab Fatin pon sependapat dengan Fara. Btul3. Kite jangan berubah untuk senangkan hati orang

      Delete
  2. keep d confident. :) kdg2 tu dh konfiden dah tetibe org kutuk plak..err jatoh balek..waa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu. Takyah peduli cakap2 orang sebab diorang pon tak sempurna

      Delete
    2. Btul tu. Takyah peduli cakap2 orang sebab diorang pon tak sempurna

      Delete