Beraya Di Rumah Bakal Mertua

"Tidak pernah kurasa perasaan yang begini, tulus ku mencintaimu,
Semua tentang dirimu telah merubah hidup ini penuh dengan senyuman"

Hihi. Jiwang tak lagu Fara nyanyi ni. Sebenarnya masih dalam mood berbunga2 sebab baru2 ni berpeluang beraya di rumah bakal mertua Fara. Alhamdulillah walaupun kali pertama Fara bertemu keluarga dia, tapi rasa memang okay dan serasi. Rasa selesa walaupun in person memang Fara ni sangat pemalu dan gemuruh sikit. 

Thanks so much my love sebab dah prepare, sanggup masak macam2 lauk ada rendang ayam, nasi putih, laksa. Pastu yang paling best awak buat kan tempoyak untuk saya sampai saya makan nasi dua pinggan semalam. First time saya makan tempoyak yang macam awak buat tu. Nyum3. Sorry sebab girl awak kuat makan. Thanks sebab awak sanggup tak tidur untuk masak semua lauk2 tu, pastu awak mesti takut saya tak suka masakan awak kan sebab selera kita selalu tak sama, saya tak tahan pedas, tapi awak suka pedas. Obviously awak memang lulus untuk jadi tukang masak hatiku sebab awak berjaya masak tak pedas semalam, hehehe. Hihi. Pandai sangat awak masak, saya bangga.

Pastu nak thanks sebab awak gigih lagi hantar saya balik KL walaupun saya tahu awak dah letih, pastu takde buat reaksi macam awak letih pun, sebaliknya saya yang duk menguap2 lam kereta nganga besar2 macam badak air. Woooo. Otw balik tu awak bawak saya makan McDonalds lagi sebab saya mengidam sangat nak makan GCB. Burger yang sama saya makan masa kita first time keluar. Pastu tapau kan Happy Meal untuk anak2 buah saya yang tak abes2 call suruh saya balik cepat. Haha.

Terima kasih yang tak terhingga juga buat keluarga awak sebab turut serta siapkan juadah dan bagi layanan terbaik untuk saya dan keluarga.  Akhir kata terima kasih kerana terima kehadiran saya dalam hidup awak dan hargai saya seadanya.
Love you and your family <3


14 comments:

  1. Comelynya gambar dedua orang nih ^^

    ReplyDelete
  2. Amboiiii sama cantekk sama padan.. Nie yang buat kittew jeles nie :P Hehehe

    ReplyDelete
  3. Hihi thank u ktc. Ktc pon cantek gak tu nanti akan bertemu dengan yang secocok jugak ;)

    ReplyDelete
  4. Hehehe... dah padan sangat tu... bila nak berlangsungnya...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, terima kasih Hafiz. Inshaallah lepas Fara grad nanti berlangsung lah. :)

      Delete
  5. Wuuu.. untunglha dpt laki pndai msak..huhu ..moga berkekalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Alhamdulillah. Thanks Hana.. amin

      Delete
  6. Fara dengan bf sweet sangat ! So cute both of you. cepat-cepat kahwin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Fatin. ;) hihi.. inshaallah kalau boleh memang nak cepat. Hihi

      Delete
  7. mesti nervous kan 1st time raya rumah bakal mertua..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi tau xpe. Memang nervous sampai awal2 masuk tu tak boleh nak bercakap sebab malu. Hihihi

      Delete
  8. ouch..rupanya xlame lagi lah.. eh tiba2 bau nasi minyak lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe, tak de lah tak lama, lama jugak tu dear, lagi 3 tahun baru abes study.. tapi since Fara jarang2 dapat balik malaysia, so gunakan masa ni dengan sebaiknya la nak kenal2 kuarga dia :)

      Delete