Kalau Cinta, Bebaskan Dia!

If you love someone, set them free. Give them wings, let them fly high! Semakin meningkat dewasa, semakin I  rasa nak mencari diri sendiri. Kalau sebelum ni, I  dahagakan perhatian, teman, kasih sayang dari orang lain, tapi sekarang I rasa ini lah masa untuk I cari diri I, buat apa yang I suka, terokai dunia, berbakti pada orang yang dah besarkan I dan juga semua orang. 

I naturally seorang yang optimist, berfikiran terbuka, positif dan sentiasa menyokong apa yang orang lain buat. Sebab I rasa semua orang berhak jadi yang terbaik. I nak semua orang berjaya dalam hidup diorang. Berjaya tu tak terhad pada pelajaran atau harta. Tapi berjaya capai keselesaan hidup, jadi happy dan cukup dengan apa yang diorang ada. I guess this separation ni bukan lah sebab nak bermusuh, tapi sebab I nak improve diri I and I nak the other side tu pun improve diri dia, for mutual good :) 

Sometimes, be in a relationship tu bukan sesuatu yang kekal, terutamanya kalau cuma sebelah pihak yang cuba pertahankan benda tu, manakala sebelah lagi tak pernah nak mengaku kesalahan diri. Mungkin kerana ego, mungkin juga kerana memang tak nampak silap sendiri tu. Tapi I macam biasa, sentiasa pandang ke depan, I tak suka nak bertengkar or tegakkan kebenaran , sebab I'm not a "vocal" type. I jenis tak banyak cakap, so memang takde guna nak berbincang face to face. End up aku kalah. Bahahahaha. 

But I sentiasa maafkan orang, sebab I sedar I pun banyak buat silap, and tu pun salah satu sebab kenapa I pilih untuk bersendiri. Sebab I nak perbaiki diri sendiri dulu. Banyak kekurangan, tak sempurna, tak bersedia lagi untuk ke tahap yang lebih jauh dalam hubungan. 

Saja kongsi kisah ni, sebab I nak semua diluar sana cuba hargai masa yang ada ni untuk cari diri sendiri, kenali manusia, kenali alam, kenali pencipta, have fun buat apa yang kita suka. tanpa ada batasan daripada orang lain. Apa guna sesuatu hubungan kalau yang dapat cuma air mata, tak dapat jadi diri sendiri. Dan dia pula sentiasa fikirkan cara untuk ubah diri kita. 


2 comments:

  1. Jadi intinya adalah 'CINTA TIDAK HARUS MEMILIKI'. Bukan begitu cantik?

    ReplyDelete
  2. Salam singgah dan follow sini :)

    Jom join GA saya,

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete